Pada 11 July 2024, KFC telah mengumumkan pembukaan program Biasiswa Scholarship KFC 2024. Permohonan untuk pengambilan pelajar-pelajar cemerlang 2024/2025 telah dibuka.
Program ini ditawarkan khas kepada pelajar dan keluarga yang layak. Yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pembelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda daripada universiti awam tempatan!
Program Biasiswa KFC 2024 dibuka setahun sekali.
Tawaran Biasiswa KFC 2024
KFC telah menyatakan yang Biasiswa Scholarship KFC 2024 ini akan membantu pelajar untuk pembiayaan berikut sahaja …
- Bayaran yuran pengajian sehingga 4 tahun
- Elaun bulanan untuk kos sara hidup
Siapa Yang Layak Memohon?
Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan oleh KFC.
- Pelajar dari keluarga B40
- Berumur antara 18 hingga bawah 21 tahun semasa permohonan
- Telah menerima surat tawaran tanpa syarat dari universiti awam Malaysia
- Mendapat keputusan SPM yang cemerlang dengan sekurang-kurangnya 6A (gabungan A dan A+)
- A dalam mata pelajaran asas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
- Mendapat keputusan STPM, Asasi atau Matrikulasi dengan PNGK minimum 3.0
- Mendapat kepeutusan STAM di tahap Jayyid Jiddan dan PNGKK minimum 3.0
Macam Mana Nak Buat Permohonan Biasiswa Scholarship KFC 2024?
Berikut adalah langkah-lagkah untuk memohon Biasiswa KFC 2024/2025.
- Permohonon adalah secara atas talian sahaja. (Online)
- Klik link berikut untuk terus memohon Biasiswa KFC 2024
- Calon-calon yang disenarai pendek akan menjalani penilaian secara online untuk menguji sikap dan kebolehan para calon. Ini termasuk ujian verbal, numerik, serta ujian keperibadian & moral.
- Seterusnya mereka yang berjaya akan dijemput untuk ke pusat penilaian untuk menguji kualiti kepimpinan, kecerdasan emosi, kerjasama, komunikasi, kreativiti dan pemikiran kritis. Penilaian ini akan dijalankan secara online di pusat penilaian.
- Temuduga – mereka yang berjaya akan ditemuduga oleh Lembaga Penilaian Biasiswa KFC
Dokumen Yang Diperlukan
Seperti biasa, berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan. Pastikan anda mempunyai dokumen yang lengkap!
- Slip gaji penjaga utama (penjaga/ ibu-bapa)
- Slip gaji penjaga kedua (penjaga/ ibu-bapa)
- Salinan fotokopi MyKad
- Slip keputusan SPM
- Slip keputusan STAM /STPM /Asasi /Matrikulasi
- Surat tawaran universiti
Anda dikehendaki untuk muat naik kesemua dokumen ini dalam satu fail format PDF. Muat naik di bahagian “Muat Naik Resume”.
Kontrak antara KFC Malaysia dan Penerima
Penerima Biasiswa Scholarship KFC 2024 akan menandatangani kontrak dan Pelepasan Tanggungjawab dengan entiti pentadbiran KFC Malaysia.
Kontrak ini bertujuan untuk memastikan penerima biasiswa menghadiri program sepenuhnya dan mematuhi semua kod etika yang ditetapkan oleh KFC Malaysia sepanjang tempoh pembiayaan biasiswa.
Terikat Dengan KFC Malaysia Selepas Tamat Pengajian?
Pemerima TIDAK terikat kepada KFC Malaysia atau mana-mana syarikat kumpulannya selepas menamatkan pengajian.
Namun penerima boleh ditawarkan pekerjaan sekiranya terdapat kekosongan jawatan yang bersesuaian.
Selain dari itu penerima akan dijemput untuk menyertai Persatuan Alumni Biasiswa KFC.
Permohon Secara Online
Permohonan untuk Biasiswa Scholarship KFC 2024 hendaklah dibuat secara online di
klik link Permohonan Biasiswa KFC 20204
Untuk pertanyaan, boleh lah menghubungi KFC secara terus di emel berikut …
Kesimpulan: Biasiswa Scholarship KFC 2024
Khas buat keluarga B40 yang layak untuk anda meneruskan membelajaran anda. Hantar permohonan anda dengan segera!

Maklumat lanjut di website KFC – KFC.com.my/scholarship

