Program Penajaan Nasional (PPN) 2026 merupakan peluang keemasan bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2025 untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka dunia. Penajaan ini ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang sangat kompetitif.
Bagi memastikan anda tidak terlepas peluang dalam Program Penajaan Nasional (PPN) 2026, berikut adalah ringkasan maklumat penting berdasarkan dokumen rasmi:
1. Tarikh Buka & Tutup Permohonan
Permohonan Program Penajaan Nasional (PPN) 2026 dibuka secara dalam talian bermula:
- Tarikh Buka: 3 April 2026 (Jumaat), jam 3.00 petang.
- Tarikh Tutup: 16 April 2026 (Khamis), jam 5.00 petang.
2. Siapa Yang Layak Memohon?
Calon yang ingin memohon Program Penajaan Nasional (PPN) 2026 mestilah memenuhi kriteria berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pelajar lepasan SPM 2025 yang menduduki peperiksaan buat kali pertama.
- Berumur di bawah 19 tahun (atau 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan.
- Bebas daripada penyakit kronik atau berjangkit.
- Ibu, bapa, dan pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA.
Nota Penting: Sebenarnya, JPA telah mengeluarkan senarai nama pelajar yang layak untuk memohon program ini. Hanya pelajar yang namanya tertera dalam senarai tersebut sahaja yang dibenarkan untuk mengemukakan permohonan. Anda boleh menyemak senarai nama tersebut melalui pautan berikut:
- Senarai Nama Pelajar Layak (Kejuruteraan/Sains & Teknologi)
- Senarai Nama Pelajar Layak (Selain Kejuruteraan)
3. Bidang Pengajian Pilihan
Calon Program Penajaan Nasional (PPN) 2026 boleh memilih bidang yang ditetapkan dalam Senarai Nama Profiling di portal JPA, merangkumi:
- Bidang Kejuruteraan / Sains & Teknologi
- Selain Bidang Kejuruteraan / Sains & Teknologi
4. Syarat-Syarat Akademik (Syarat Khusus)
Kriteria akademik untuk Program Penajaan Nasional (PPN) 2026 adalah sangat tinggi:
- Bidang Kejuruteraan/Sains: Minimum 9A+ dalam mata pelajaran teras (termasuk Matematik Tambahan, Fizik, Kimia) dan sekurang-kurangnya A- bagi subjek lain.
- Selain Bidang Kejuruteraan/Sains: Minimum 8A+ dalam mata pelajaran teras dan sekurang-kurangnya A- bagi subjek lain.
5. Cara Memohon
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui portal rasmi penajaan JPA di: 👉 https://penajaan.jpa.gov.my. atau terus ke eProfiling – Sistem Profiling Program Tajaan JPA
6. Saluran Pertanyaan
Sekiranya terdapat masalah teknikal atau pertanyaan lanjut mengenai Program Penajaan Nasional (PPN) 2026, anda boleh menghubungi:
- Talian: 03-8000 8000 (9.00 pagi – 4.00 petang hari bekerja).
- E-mel: lepasanspm2026@jpa.gov.my.
7. Syarat Pinjaman Boleh Ubah (PBU) & Skoring
Penajaan ini adalah Pinjaman Boleh Ubah berdasarkan merit akademik. Kadar bayaran balik ditentukan oleh pencapaian PNGK akhir anda:
- PNGK 3.75 – 4.00: Bayar balik 5% sahaja.
- PNGK 3.50 – 3.74: Bayar balik 10%.
- PNGK 3.00 – 3.49: Bayar balik 15%.
- PNGK di bawah 3.00 / Gagal: Bayar balik 100%.
- Berkhidmat dalam Sektor Awam: Dikecualikan bayaran balik sepenuhnya.
8. Apa Seterusnya Selepas Memohon?
Selepas menghantar borang permohonan Program Penajaan Nasional (PPN) 2026, calon yang melepasi syarat akan dipanggil ke Student Assessment Centre (SAC):
- Semakan Panggilan SAC: Bermula 11 Mei 2026 di https://penajaan.jpa.gov.my.
- Tarikh Program SAC: Dijadualkan pada 19 hingga 21 Mei 2026.
- SAC bertujuan menilai kompetensi interpersonal, kepimpinan, dan kreativiti calon.
9. Berapakah Kadar Elaun Sara Hidup (Peringkat Persediaan)
Berapakah elaun yang bakal diterima oleh pelajar yang berjaya? Bagi peringkat persediaan, pelajar akan menerima:
- Elaun Sara Hidup: RM530.00 sebulan.
10. Tarikh Keputusan Keluar
Keputusan rasmi permohonan Program Penajaan Nasional (PPN) 2026 dijangka akan diumumkan pada minggu ketiga bulan Jun 2026 melalui laman web penajaan JPA.
Sumber Rujukan Utama:
- Portal Rasmi Penajaan JPA: Penajaan JPA – Program Penajaan Nasional (PPN) Tahun 2026
- Dokumen Soalan Lazim PPN 2026 (Dikemaskini 2 April 2026)

