Cabutan Wow SSPN -i Plus 2019 adalah cabutan tahunan dari PTPTN. Seperti tahun tahun yang sebelum ini, Cabutan Wow SSPN -i Plus diadakan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengutamakan penabungan di samping membuat simpanan secara konsisten.
Ia juga bagi menghargai rakyat Malaysia yang memilih akuan SSPN -i Plus sebagai produk simpanan utama untuk pendidikan anak-anak.
Cabutan Wow SSPN -i Plus 2019 hanya layak bagi pendeposit yang mempunyai akaun SSPN -i Plus. Ianya terbahagi kepada dua (2) cabutan
- Cabutan Wow Siri
- Cabutan Wow Tahunan
Syarat-syarat kelayakan
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan umum bagi Cabutan Wow SSPN -i Plus 2019:-
- Terbuka kepada semua pendeposit SSPN -i Plus
- Kempen ini tidak layak disertai oleh:
- Kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak);
- Kakitangan HLMT dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak)
- Pendeposit perlu memastikan akaun tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan yang ditetapkan
- Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap RM50 (simpanan + takaful) bersamaan dengan satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan.
- Sekiranya berlaku kematian pendeposit dalam tempoh promosi, akaun itu masuk layak untuk menyertai Cabutan Wow SSPN -i Plus 2019.
- Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif sehingga tamat tempoh promosi
Kelayakan Khas Cabutan Wow Siri
Cabutan Wow Siri ini terbuka kepada pendeposit yang membuka akaun SSPN -i Plus yang baharu dalam tempoh promosi. Jom buka akaun SSPN -i Plus baru. Layari Buka akaun SSPN -i Plus untuk maklumat lanjut.
Kelayakan Khas Cabutan Wow Tahunan
- Terbuka kepada pendeposit baharu dan pendeposit yang sedia ada.
- Pendeposit sedia ada perlu membuat penambahan simpanan semasa Tempoh Promosi dari Januari hngga Disember 2019.
- Pendeposit sedia ada yang membuka kaun SSPN -i Plus melebihi tiga (3) tahun dan telah membuat pengeluaran, bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih RM50 (simpanan + takaful) bersamaan dengan satu (1) cabutan
Hadiah Cabutan Wow SSPN -i Plus 2019
Setiap pendeposit akaun SSPN -i Plus berpeluang memenangi hadiah berikut:-
Cabutan Wow Siri
Hadiah Cabutan Wow Siri | Bilangan Hadiah |
Siri 1 (Jul – Ogos 2019): Hadiah tunai bernilai RM3,000 | 15 |
Siri 2 (Sept – Okt 2019): Hadiah tunai bernilai RM3,000 | 15 |
Siri 3 (Nov – Dis 2019): Hadiah tunai bernilai RM3,000 | 15 |
Cabutan Wow Tahunan
Pemenang | Hadiah Cabutan Wow Tahunan | Bilangan Hadiah |
Utama | Kereta Proton X70 Premium 2WD | 1 |
Saguhati | Hadian tunai bernilai RM1,500 | 150 |
Tunggu apa lagi? Jom buka akaun SSPN -i Plus baru atau tambah deposit simpanan akaun SSPN -i Plus yang sedia ada.