Skip to content
Home » Daftar Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Daftar Buka Akaun Simpan SSPN Plus

Makluman Penting: Laman web SSPN ini, asalnya diuruskan oleh Rakan Niaga PTPTN untuk membantu ibu bapa memulakan simpanan SSPN. Kini, ia berevolusi menjadi platform bebas yang fokus menyediakan panduan, strategi, dan nasihat tentang simpanan pendidikan, biasiswa, dan perancangan kewangan untuk masa depan anak-anak kita — Generasi Baru! NextGen!

Segala urusan pendaftaran atau transaksi rasmi perlu dibuat terus di laman web PTPTN dan aplikasi MyPTPTN.

Langkah Mudah untuk Membuka Akaun Simpan SSPN Plus

Pembukaan Akaun Simpan SSPN Plus adalah proses yang mudah dan pantas. Ikuti panduan langkah demi langkah di bawah ini untuk membuka akaun anda secara rasmi di laman web PTPTN.

Untuk memudahkan proses membuka Akaun Simpan SSPN Plus secara online, pastikan anda telah bersedia dengan maklumat-maklumat berikut:-

  • Maklumat pendeposit (no kad pengenalan, alamat, no telifon …)
  • Maklumat penerima manfaat (nama anak, no kad pengenalan, tarikh lahir…)
  • Pakej SSPN Plus yang hendak di pilih
  • Syarikat pengendali takaful yang diperlukan
  • Pilihan bayaran deposit (2 bulan /6 bulan /potongan secara direct debit)?

Langkah 1: Semak Kelayakan Anda

Pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh PTPTN, seperti warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas, dan mempunyai MyKad yang sah.

Langkah 2: Sedia Dokumen Anda

Sediakan maklumat yang diperlukan seperti butiran MyKad dan maklumat akaun bank anda. Untuk membuka akaun anak, MyKad/MyKid anak dan maklumat perhubungan waris juga diperlukan.

Logo Akaun Simpan SSPN Plus dari PTPTN

Ingin Buat Pendaftaran Tanpa Masalah?

Dapatkan “Checklist Pendaftaran SSPN Eksklusif” dan “5 Insentif Cukai PTPTN & Akaun Simpan SSPN Yang Ramai Tak Tahu” kami secara percuma.

Checklist ini akan bantu anda:

  • Pastikan tiada dokumen penting yang tertinggal.
  • Fahami proses pendaftaran dari A-Z.
  • Elakkan kesilapan biasa yang melambatkan proses.

Masukan e-mel anda di bawah untuk muat turun segera!

Langkah 3: Daftar di Laman Web Rasmi PTPTN

Apabila anda sudah bersedia, terus ke laman web PTPTN untuk memulakan proses pendaftaran anda. Klik link di bawah ini untuk pergi ke laman web rasmi PTPTN yang selamat.

Buka Akaun di Laman Web Rasmi PTPTN

Untuk informasi yang lebih terperinci mengenai Akaun SSPN Plus, layari Buka Akaun Simpan SSPN Plus