Skip to content
Home » Biasiswa Bank Negara Malaysia 2026: Panduan Kijang Pre-University SPM 2025

Biasiswa Bank Negara Malaysia 2026: Panduan Kijang Pre-University SPM 2025

  • by

Peluang keemasan bagi pelajar cemerlang! Biasiswa Bank Negara Malaysia 2026 kini dibuka secara rasmi untuk lepasan SPM 2025 yang ingin menyambung pengajian di peringkat Pra-Universiti. Program Biasiswa Kijang ini direka khusus untuk membentuk barisan peneraju masa depan dalam sektor kewangan dan ekonomi negara.

Tarikh Penting Permohonan

Catat tarikh ini untuk mengelakkan terlepas peluang menyertai Biasiswa Bank Negara Malaysia 2026:

  • Tarikh Buka: 18 Mac 2026
  • Tarikh Tutup: 8 April 2026

Syarat Kelayakan Utama

Bagi kategori Kijang Pre-University, syarat yang ditetapkan adalah:

  1. Keputusan SPM 2025: Minimum 8A (Gred A dan A+ sahaja).
  2. Kewarganegaraan: Warganegara Malaysia.
  3. Umur: Tidak melebihi 19 tahun pada Julai 2026.

Di Mana Anda Akan Belajar?

Penerima Biasiswa Bank Negara Malaysia 2026 biasanya akan ditempatkan di kolej-kolej swasta elit di Malaysia untuk menghabiskan pengajian A-Levels atau IB sebelum dihantar ke universiti luar negara atau tempatan yang terpilih. Antara kolej penempatan biasa termasuk:

  • Kolej Yayasan UEM
  • Kolej Tuanku Ja’afar
  • Nexus International School Malaysia
  • EPSOM College in Malaysia
  • Sunway College (Bandar Sunway campus)
  • Taylor’s College

Bidang Fokus (Scope) Bank Negara Malaysia

Walaupun permohonan di peringkat Pra-Universiti tidak menetapkan kursus ijazah secara spesifik, calon harus mempunyai minat dalam bidang yang berkaitan dengan mandat Bank Negara Malaysia seperti:

  • Ekonomi & Ekonometrik
  • Perakaunan, Kewangan & Perbankan
  • Sains Data & Statistik
  • Sains Aktuari
  • Undang-undang
  • Sains Komputer / Cybersecurity

Jangkaan Proses Permohonan & Penilaian

Berdasarkan trend pengambilan sebelum ini, pemohon Biasiswa Bank Negara Malaysia 2026 boleh menjangkakan fasa penilaian seperti berikut:

  1. Saringan Online: Tapisan pertama berdasarkan keputusan SPM 2025.
  2. Kijang Academy / Assessment Centre: Calon terpilih akan dipanggil untuk sesi penilaian berkumpulan, ujian bakat, dan personaliti.
  3. Temuduga Panel: Peringkat akhir bersama pihak pengurusan Bank Negara.

Nota: Proses rasmi akan dimaklumkan secara terus kepada calon yang berjaya melalui e-mel rasmi BNM.

Cara Mohon Biasiswa Bank Negara Malaysia 2026

Proses permohonan dilakukan sepenuhnya secara atas talian (online) melalui portal kerjaya rasmi Bank Negara Malaysia. Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari Portal Rasmi: Pergi ke laman bnm.gov.my/careers/scholarships.
  2. Pilih Program: Klik pada bahagian “Kijang Pre-University Scholarship”.
  3. Daftar Akaun: Jika anda pemohon baru, klik “Apply Now” dan anda akan dibawa ke sistem permohonan (Oracle Cloud BNM). Klik “Register” untuk membina profil.
  4. Isi Maklumat: Lengkapkan butiran peribadi, keputusan SPM 2025, dan aktiviti kokurikulum anda.
  5. Hantar Permohonan: Pastikan semua maklumat tepat sebelum menekan butang “Submit”. Anda tidak perlu memuat naik dokumen sokongan (sijil/transkrip) pada peringkat ini kecuali diminta kemudian.

Pautan Pantas Permohonan:Klik Di Sini Untuk Memohon

Tips Penting:

  • Guna Emel Aktif: Pastikan emel yang didaftarkan adalah emel yang anda kerap semak, kerana semua komunikasi ujian penilaian dan temuduga akan dihantar ke sana.
  • Semak Sebelum 8 April: Sistem mungkin akan mengalami trafik tinggi pada hari terakhir (8 April 2026), jadi hantar permohonan anda lebih awal.

Nota Penting: Jika Iklan Biasiswa Tidak Muncul (Selesaikan Masalah “No Jobs Found”)

Iklan Biasiswa Tidak Muncul Selesaikan Masalah No Jobs Found - Biasiswa Bank Negara Malaysia 2026 Panduan Kijang Pre-University SPM 2025

Ramai pemohon mengalami masalah di mana senarai biasiswa tidak muncul selepas klik pautan permohonan atau “Apply Now”. Jika ini berlaku, ikuti langkah mudah ini:

  1. Lihat Kotak Carian: Di bahagian atas laman permohonan, cari kotak bertulis “Near Location”.
  2. Tukar Lokasi: Jika kotak itu kosong atau menunjukkan lokasi yang salah, taip “Malaysia” di dalam kotak tersebut.
  3. Klik Ikon Kanta (Search): Selepas anda memilih “Malaysia”, senarai Kijang Pre-University Scholarship akan muncul secara automatik.
  4. Matikan Ad-Blocker: Jika masih tidak muncul, pastikan anda menutup ad-blocker pada browser anda buat sementara waktu.
  5. Atau, Paling senang, klik sahaja ‘Allow’ bila browser minta kebenaran untuk akses lokasi anda.
Selesai - Iklan Biasiswa Tidak Muncul Selesaikan Masalah No Jobs Found - Biasiswa Bank Negara Malaysia 2026 Panduan Kijang Pre-University SPM 2025

Soalan Lazim (FAQ) Biasiswa Bank Negara Malaysia 2026

1. Apakah kos yang ditanggung oleh biasiswa ini? Tajaan ini merangkumi yuran pengajian, tiket penerbangan pergi-balik (untuk pelajar luar negara sahaja), elaun sara hidup, serta elaun-elaun berkaitan biasiswa yang lain.

2. Bagaimana cara untuk menghantar permohonan? Anda hanya perlu klik pautan “Apply Here” di bahagian segmen biasiswa pada laman web rasmi Bank Negara untuk memulakan proses pendaftaran secara dalam talian.

3. Perlukah saya menghantar dokumen sokongan semasa memohon? Tidak perlu buat masa ini. Walau bagaimanapun, jika anda disenarai pendek untuk temuduga, anda wajib membawa dokumen asal, sijil-sijil berkaitan, dan transkrip keputusan untuk pengesahan.

4. Apakah bidang pengajian yang dibenarkan? Bidang pengajian mestilah berkaitan dengan perniagaan teras Bank Negara seperti: Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Undang-undang, Sains Data, dan Sains Komputer.

5. Adakah pengajian Ijazah Sarjana Muda dijamin selepas Pra-U? Laluan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Undergraduate) adalah tertakluk kepada pelajar memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh BNM di bawah Program Kijang Undergraduate.

6. Adakah terdapat bon perkhidmatan selepas tamat belajar? Ya. Selepas tamat pengajian ijazah, pemegang biasiswa wajib berkhidmat dengan BNM mengikut tempoh bon (nisbah 1 tahun pengajian bersamaan dengan 2 tahun perkhidmatan).

7. Siapa yang boleh saya hubungi untuk pertanyaan lanjut? Sebarang soalan mengenai Biasiswa Bank Negara Malaysia 2026 boleh diemelkan terus kepada profiling@bnm.gov.my.

Langkah Seterusnya

Selepas menghantar borang di portal rasmi, pastikan anda menyemak peti mel e-mel secara kerap. Sementara menunggu keputusan, ini adalah masa terbaik bagi ibu bapa dan pelajar untuk memastikan akaun SSPN dikemaskini bagi tujuan perancangan kewangan pendidikan jangka panjang.

Sumber Rasmi: Portal Kerjaya Bank Negara Malaysia

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *