Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2024 merupakan program biasiswa berprestij yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada warganegara Malaysia yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah diri. Biasiswa ini bertujuan untuk menyokong pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran secara sepenuh masa, sama ada di universiti dalam atau luar negara.
Syarat Umum Permohonan:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari tahun penawaran.
Syarat Khusus Permohonan:
- Calon Sarjana: Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf.
- Calon Kedoktoran: Memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf.
- Telah menerima tawaran tanpa syarat (unconditional offer) atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa dalam tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.
- Pengajian peringkat Sarjana hendaklah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan, disertasi, atau tesis.
- Terlibat dalam penghasilan kerja yang mengandungi elemen kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi. Bagi calon Kedoktoran, penglibatan ini adalah wajib, manakala bagi calon Sarjana, ia merupakan satu kelebihan.
Bidang Pengajian yang Ditawarkan:
- Sains dan Teknologi
- Ekonomi
- Undang-Undang
- Kewangan Islam
Faedah Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2024
- Penajaan penuh yang merangkumi yuran pengajian, elaun sara hidup, dan perbelanjaan lain yang berkaitan.
- Penerima biasiswa tidak terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan selepas tamat pengajian tetapi dikehendaki berkhidmat di Malaysia dalam sebarang sektor.
Tatacara Permohonan:
- Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi JPA di https://bmipenajaan.jpa.gov.my.
- Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan dan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
Tarikh Permohonan untuk Tahun 2024:
- Tarikh Buka: 4 Mac 2024
- Tarikh Tutup: 29 Mac 2024
Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan hendaklah dihantar dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 5 April 2024 sama ada melalui serahan tangan atau pos.
Untuk maklumat lanjut dan panduan permohonan, sila layari laman web rasmi JPA di https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ms/program-penajaan/latihan-dalam-perkhidmatan/biasiswa-yang-di-pertuan-agong.
Sila pastikan semua maklumat dan dokumen disediakan dengan lengkap sebelum tarikh tutup permohonan. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Layari Biasiswa 2024 untuk senarai biasiswa yang dibuka pada tahun 2024.

