Bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda yang mencari tajaan pendidikan berprestij, permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2026 kini kembali. Apa yang menarik, tarikh pembukaan permohonan pada 8 Februari 2026 dipilih khas sempena hari keputeraan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan kita yang lahir pada 8 Februari 1903.
Table of Contents
- Mengenali Tunku: Inspirasi Di Sebalik Biasiswa
- Syarat Kelayakan & Kriteria Umum Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2026
- Tiga Tunjang Utama Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR)
- Pecahan Sokongan Kewangan Biasiswa Tunku Abdul Rahman
- Nilai Tajaan & Kelebihan Tunku Scholar
- Program Pembangunan Kepimpinan: Membentuk Pemimpin Masa Depan
- Proses Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2026
- Soalan Lazim (FAQ) Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2026
- Garis Masa & Tarikh Penting
- Checklist 5 Minit: Sebelum Anda Tekan ‘Submit’
Mengenali Tunku: Inspirasi Di Sebalik Biasiswa
Tunku Abdul Rahman bukan sekadar pemimpin politik; beliau adalah simbol perpaduan dan pendidikan. Beliau sendiri merupakan penerima biasiswa pertama dari Kedah yang berjaya ke Cambridge. Semangat “Tunku Scholar” dibina atas prinsip kepimpinan, integriti, dan khidmat bakti kepada negara.
Untuk menyelami lebih dalam sejarah perjuangan beliau, anda dijemput hadir ke pameran “Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa” yang kini sedang berlangsung di Muzium Negara. Melihat sendiri arkib sejarah beliau akan memberi anda “edge” atau kelebihan semasa sesi temuduga Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2026 nanti.
Syarat Kelayakan & Kriteria Umum Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2026
Biasiswa ini terbuka kepada bakal pelajar dan pelajar semasa bagi mana-mana kursus yang diiktiraf MQA di universiti awam atau swasta di Malaysia. Berikut adalah pecahan kriteria mengikut status pengajian anda:
- Bagi Pelajar yang Belum Memulakan Ijazah: Anda mestilah sedang melengkapkan pengajian pra-universiti dan bakal memulakan ijazah anda selewat-lewatnya pada Mac 2027.
- Nota: Pemohon akan diberikan tawaran bersyarat tertakluk kepada penerimaan masuk ke universiti diiktiraf MQA.
- Bagi Pelajar yang Sedang Menuntut (Ijazah): Anda mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun lagi untuk menamatkan pengajian (tarikh tamat pengajian mestilah selepas September 2028).
Keutamaan Calon (Kriteria Tambahan)
Yayasan Tunku Abdul Rahman memberi keutamaan tinggi kepada calon yang memenuhi kriteria berikut:
- Pernah atau sedang menghadapi cabaran hidup yang sukar.
- Menunjukkan potensi kepimpinan yang tinggi dan menghayati nilai-nilai YTAR.
- Calon daripada latar belakang mencabar seperti:
- Orang Kurang Upaya (OKU).
- Calon daripada masyarakat luar bandar.
- Calon daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM5,250 sebulan.
Tiga Tunjang Utama Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR)
Berbeza dengan pinjaman atau biasiswa biasa, Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2026 dibina berasaskan tiga prinsip utama yang bertujuan untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja bijak akademik, malah berjiwa rakyat:
- 1. Pendekatan Inklusif Biasiswa ini memberi penekanan khusus untuk mengenal pasti dan memperkasakan pelajar daripada pelbagai latar belakang. Fokus utama adalah membantu komuniti yang kurang berkemampuan untuk membentuk komuniti Tunku Scholar yang bersatu-padu, mencerminkan identiti Malaysia yang majmuk.
- 2. Elaun Komprehensif BTAR memastikan pelajar dapat fokus 100% kepada pengajian tanpa gangguan masalah kewangan. Sokongan yang diberikan adalah menyeluruh, merangkumi yuran pengajian, elaun bulanan, elaun tahunan, serta bantuan one-off (sekali beri) bagi mengurangkan beban kos sara hidup di universiti.
- 3. Pembangunan Holistik Inilah keunikan sebenar biasiswa ini. Setiap pemegang biasiswa akan menjalani program pembangunan kepimpinan selama 2 tahun. Program ini direka untuk mempersiapkan anda sebagai duta nilai-nilai Almarhum Tunku Abdul Rahman dan bersedia untuk berkhidmat demi kemajuan Malaysia.
Pecahan Sokongan Kewangan Biasiswa Tunku Abdul Rahman
Salah satu sebab utama kenapa Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2026 menjadi rebutan adalah kerana pakej kewangannya yang sangat menyeluruh. YTAR menyediakan sokongan khusus dalam bidang berikut:
- Yuran Universiti: Tajaan penuh yuran pengajian di mana-mana universiti awam atau swasta yang diiktiraf MQA untuk melanjutkan pengajian di Malaysia.
- Elaun Bulanan: Elaun sara hidup akan diberikan pada setiap bulan sepanjang tempoh penerimaan biasiswa.
- Elaun Tahunan: Merangkumi elaun pembangunan profesional, alat tulis, buku, serta kos penerbangan (terhad kepada penerbangan antara Malaysia Timur dan Semenanjung sahaja).
- Elaun Sekali Sepanjang Pengajian: Bagi menampung perbelanjaan lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, dan pakaian formal.
Nilai Tajaan & Kelebihan Tunku Scholar
Penerima Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2026 bukan sahaja mendapat bantuan kewangan, malah pakej pembangunan diri yang menyeluruh:
- Yuran Pengajian: Ditanggung sepenuhnya mengikut kadar universiti.
- Elaun Sara Hidup: Bayaran bulanan yang kompetitif untuk menampung kos harian.
- Elaun Tahunan: Termasuk elaun buku dan peralatan pengajian.
- Program Kepimpinan: Latihan eksklusif, bimbingan mentor (mentorship), dan peluang networking bersama tokoh industri.
Program Pembangunan Kepimpinan: Membentuk Pemimpin Masa Depan
Penerima Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2026 bukan sahaja dibantu dari segi kewangan, malah akan menjalani program pembangunan kepimpinan intensif selama dua (2) tahun. Program ini dibina berasaskan tiga tunjang utama untuk memastikan anda menjadi individu yang membawa perubahan bermakna:
- Etika dan Nilai: Menyemai nilai murni Almarhum Tunku untuk membina pemimpin yang berakhlak mulia serta mempunyai sifat belas kasihan secara peribadi dan profesional.
- Pemimpin Komuniti: Membangunkan minda yang berfokuskan kepada perkhidmatan dan bakti kepada komuniti dengan meninggalkan impak yang berkesan.
- Kebolehpasaran: Memupuk bakat dan kemahiran dalam pelbagai laluan kerjaya agar graduan bersedia untuk berjaya di tempat kerja.
Aktiviti Sepanjang 2 Tahun Program
Sepanjang tempoh tajaan, setiap Tunku Scholar diwajibkan menyertai tiga komponen utama program pembangunan:
- Persidangan & Bengkel: Menyertai pelbagai sesi persidangan dan bengkel kepimpinan yang bertujuan untuk memperkukuh kemahiran berfikir secara kritis dan kualiti kepimpinan.
- Projek Pembangunan: Setiap penerima biasiswa diwajibkan merancang, melaksanakan, dan menguruskan projek komuniti dengan bimbingan serta sokongan berterusan daripada pihak YTAR.
- Bimbingan (Mentorship): Anda akan menerima bimbingan profesional daripada alumni Tunku Scholars dan pasukan YTAR sendiri untuk menyokong pembangunan diri serta hala tuju kerjaya masa depan.
Proses Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2026
Laluan untuk menjadi seorang Tunku Scholar melibatkan tiga fasa utama yang telus dan kompetitif. Pastikan anda mengikuti langkah-langkah berikut:
1. Penghantaran Borang Permohonan
Calon dikehendaki melengkapkan dan menghantar borang permohonan biasiswa secara dalam talian. Pastikan semua maklumat adalah tepat dan dihantar sebelum tarikh tutup pada 8 April 2026, jam 2.00 petang.
2. Sesi Temu Duga Maya
Hanya pemohon yang berjaya disenarai pendek akan dijemput untuk menghadiri sesi temu duga. Untuk tahun 2026, sesi penilaian ini akan dijalankan sepenuhnya secara maya (online) bagi memberikan akses yang adil kepada semua calon dari seluruh Malaysia.
3. Penganugerahan Biasiswa
Calon-calon terbaik yang terpilih selepas fasa temu duga akan menerima surat tawaran rasmi daripada pihak Yayasan Tunku Abdul Rahman. Sebaik sahaja diterima, anda akan memulakan perjalanan transformatif sebagai pemegang biasiswa BTAR.
Soalan Lazim (FAQ) Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2026
1. Siapa yang layak memohon biasiswa ini? Semua pelajar Ijazah Sarjana Muda di IPTA dan IPTS tempatan yang telah diakreditasi oleh MQA. Ini termasuklah kursus profesional seperti Perubatan dan Pergigian.
2. Bolehkah saya memohon jika belum memulakan pengajian ijazah? Boleh, asalkan anda bakal memulakan ijazah selewat-lewatnya pada Mac 2027. Pelajar semasa juga layak jika baki pengajian masih ada sekurang-kurangnya 2 tahun (tamat selepas September 2028).
3. Adakah saya layak memohon jika PNGK (GPA) saya sekarang di bawah 3.00? Ya, anda masih layak memohon kerana Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) tidak menetapkan syarat kelayakan PNGK minimum untuk proses permohonan. Walau bagaimanapun, jika anda terpilih sebagai Tunku Scholar, anda diwajibkan untuk mengekalkan keputusan PNGK 3.00 ke atas sepanjang baki pengajian Ijazah Sarjana Muda anda.
4. Bahasa apakah yang perlu digunakan dalam borang permohonan? Anda boleh menjawab dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Kedua-duanya diterima secara adil oleh panel penilai.
5. Bagaimana cara untuk saya menghantar permohonan? Permohonan dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui portal rasmi BTAR bermula 8 Februari sehingga 8 April 2026, jam 2.00 petang.
6. Adakah temu duga akan dijalankan secara bersemuka? Untuk tahun 2026, semua sesi penilaian dan temu duga akan dijalankan secara maya (online) bagi memudahkan calon dari seluruh negara.
7. Di manakah saya boleh dapatkan info lanjut mengenai Tunku Abdul Rahman? Anda sangat digalakkan untuk melawat pameran “Tunku Negarawan Ulung” di Muzium Negara untuk memahami legasi beliau sebelum memohon biasiswa ini.
S: Apakah krusus sarjana muda yang layak untuk Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR)? J: Semua program ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA dan IPTS) tempatan yang telah diakreditasi oleh MQA layak memohon BTAR, termasuk kursus profesional seperti Perubatan dan Pergigian.
Garis Masa & Tarikh Penting
Setelah memahami legasi dan nilai di sebalik biasiswa ini, pastikan anda mengikuti garis masa dan proses permohonan secara teliti untuk mengelakkan sebarang kesilapan:
- Tarikh Buka: 8 Februari 2026 (Sempena Hari Lahir Almarhum Tunku).
- Tarikh Tutup: 8 April 2026 (Rabu), jam 2.00 petang tajam.
- Fasa Permohonan: Hantar borang secara dalam talian melalui portal rasmi.
- Fasa Penilaian: Temu duga maya bagi calon yang disenarai pendek bermula Jun 2026.
Anda kini boleh memulakan langkah pertama untuk menjadi seorang Tunku Scholar dengan melayari portal rasmi permohonan di bawah:
👉 Mohon Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2026 Di Sini
Tips: Calon yang menunjukkan kesedaran tinggi terhadap isu semasa dan memiliki visi untuk menyumbang kembali kepada komuniti (Community Service) mempunyai peluang lebih tinggi untuk disenarai pendek dalam pengambilan tahun 2026.
Checklist 5 Minit: Sebelum Anda Tekan ‘Submit’
⚠️ Checklist 5 Minit: Sebelum Anda Tekan ‘Submit’
- Format Fail: Pastikan dokumen (IC, Transkrip, Slip Gaji) dalam format PDF bersaiz kecil.
- Surat Sokongan: Pastikan surat daripada individu profesional telah dimuat naik dengan betul.
- Semakan Tarikh: Pelajar ijazah semasa mesti tamat pengajian selepas September 2028.
- Waktu Puncak: Hantar sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tarikh tutup 8 April 2026 (2.00 petang).
- E-mel Sah: Semak folder Inbox atau Spam untuk e-mel pengesahan selepas menghantar.
Sumber & Rujukan Utama:
- Laman Web Rasmi: Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR)
- Arkib Muzium Negara: Pameran Tunku Negarawan Ulung (Feb-Mac 2026). National Museum Hosts Tunku Abdul Rahman Legacy Exhibition
- Baca Juga: Kepentingan Penabung SSPN Untuk Persediaan Universiti

