Skip to content
Home » Biasiswa Yayasan Khazanah 2026: Permohonan Master & PhD Dibuka (Tutup 16 Mac!)

Biasiswa Yayasan Khazanah 2026: Permohonan Master & PhD Dibuka (Tutup 16 Mac!)

  • by

Perhatian kepada bakal graduan dan profesional! Biasiswa Yayasan Khazanah 2026 kini secara rasmi membuka permohonan bagi peringkat Pascasiswazah (Master & PhD). Bagi anda yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat tinggi di dalam atau luar negara, inilah masanya.

Namun, bagi pelajar lepasan SPM 2025, jangan panik! Permohonan anda akan dibuka dalam fasa kedua selepas keputusan SPM diumumkan kelak.

Table of Contents

3 Jenis Biasiswa Yayasan Khazanah (Tajaan Penuh)

Fokus Sekarang: Kitaran Pascasiswazah (Master & PhD)

Fasa permohonan yang sedang berlangsung sekarang melibatkan tiga program utama:Semua program di bawah adalah Tajaan Penuh (Full Scholarship):

  1. Khazanah Global Scholarship: Untuk pengajian di universiti Top 50 dunia. Laluan SPM bermula dengan A-Level di KYUEM.
  2. Khazanah-Cambridge Scholarship: Kerjasama khas untuk mereka yang berjaya menempatkan diri di University of Cambridge, UK.
  3. Khazanah Watan Scholarship: Tajaan pengajian di universiti tempatan (IPTA & IPT GLC) bermula dari peringkat Asasi/Foundation.

Syarat Kelayakan Master & PhD (Kitaran Mac 2026)

Bagi anda yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Pascasiswazah, Yayasan Khazanah mencari calon yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi sudah mempunyai pengalaman kerja.

1. Khazanah Global & Khazanah Watan (Postgraduate)

Dua program ini mempunyai syarat yang hampir serupa, dibedakan melalui lokasi universiti (Luar Negara vs Dalam Negara).

  • Akademik: Minimum Kelas Kedua Atas (Second Class Upper) atau PNGK 3.50 ke atas untuk Ijazah Sarjana Muda.
  • Had Umur: Tidak melebihi 40 tahun pada tarikh pendaftaran pengajian.
  • Pengalaman Kerja: Wajib mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman kerja (full-time).
  • Tawaran Universiti: Mesti sudah mendapat surat tawaran (Offer Letter) dari universiti yang disenaraikan oleh Yayasan Khazanah (Tawaran bersyarat/Conditional boleh dipertimbangkan).
  • Khas untuk PhD: Perlu menyediakan ringkasan cadangan penyelidikan (Research Outline/Thesis Summary).

2. Khazanah-Cambridge Scholarship (Master & PhD)

Ini adalah biasiswa paling “rare” khusus untuk mereka yang mahu menakluk University of Cambridge, UK.

  • Akademik (Master): Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.50 atau Kelas Kedua Atas.
  • Akademik (PhD): Keputusan Master yang cemerlang (Distinction atau purata Gred A).
  • Syarat Tambahan: Mesti sudah memohon atau mendapat tempat di University of Cambridge. Permohonan biasiswa ini perlu dibuat secara berasingan melalui portal Yayasan Khazanah selain daripada permohonan universiti.
  • Bidang Keutamaan: Bioteknologi, Ekonomi, Kewangan, Dasar Awam, dan Sains Komputer.

Jadual Ringkasan Kelayakan Master & PhD

KriteriaKhazanah GlobalKhazanah-CambridgeKhazanah Watan
LokasiLuar Negara (Top 50)Univ. of Cambridge, UKDalam Negara (IPT Tempatan)
Min. PNGK (Degree)3.50 / 4.003.50 / 4.003.50 / 4.00
Had UmurMaksima 40 TahunMaksima 40 TahunMaksima 40 Tahun
Pengalaman KerjaMin. 2 TahunMin. 2 TahunMin. 2 Tahun
PenyelidikanWajib (untuk PhD)Wajib (untuk PhD)Wajib (untuk PhD)

Jadual Kitaran Permohonan Biasiswa Yayasan Khazanah

Untuk memastikan anda tidak terlepas peluang, sila rujuk kitaran permohonan tahunan di bawah. Penting untuk pelajar SPM 2025 faham bila giliran anda untuk memohon:

Biasiswa Yayasan Khazanah 2026: Kitaran Permohonan Biasiswa Yayasan Khazanah SPM 2025

Biasiswa Yayasan Khazanah 2026: Kitaran Permohonan Biasiswa Yayasan Khazanah 2026
  • Mac (Setiap Tahun): Permohonan dibuka untuk peringkat Pascasiswazah (Master & PhD). Inilah kitaran yang sedang berlangsung sekarang dan akan ditutup pada 16 Mac 2026.
  • Mei / Jun (Setiap Tahun): Permohonan dibuka khusus untuk pengajian A-Level. Ini adalah laluan utama bagi pelajar lepasan SPM 2025 yang ingin memohon program Khazanah Global.
  • Jun / Julai (Setiap Tahun): Permohonan dibuka untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda (Undergraduate). Khas untuk pelajar yang sudah mempunyai keputusan STPM, Matrikulasi, atau Diploma.

Ringkasan Untuk Pelajar Lepasan SPM 2025

Berdasarkan gambar rujukan di atas, anda perlu bersedia sepenuhnya pada bulan Mei atau Jun 2026. Sebaik sahaja keputusan SPM diumumkan, portal permohonan untuk pengajian A-Level (laluan ke universiti Top 50 dunia) akan mula menerima calon baru.

Tarikh Penting!

  • Permohonan Dibuka: 4 Mac 2026
  • Tarikh Tutup: 16 Mac 2026 (Kurang 2 minggu lagi!)
  • Status: Tajaan Penuh (Full Scholarship) merangkumi yuran, elaun bulanan, dan kos penyelidikan.

Jadual Perbandingan: 3 Jenis Biasiswa Yayasan Khazanah

Ciri UtamaKhazanah GlobalKhazanah-CambridgeKhazanah Watan
Peringkat SPM?Ya (Mula A-Level)Tidak Ya (Mula Asasi)
DestinasiLuar Negara (Top 50)University of CambridgeDalam Negara (IPT Tempatan)
Syarat SPMMinima 8A (A/A+)Minima 8A (A/A+)
Tajaan PenuhYa (Termasuk Sara Diri)Ya (Termasuk Sara Diri)Ya (Termasuk Sara Diri)
Fokus KerjayaKorporat & GlobalAkademik & PakarKepimpinan Nasional

Rahsia Lulus 5 Tahap Saringan Biasiswa Yayasan Khazanah

Bukan mudah untuk bergelar Khazanah Scholar. Yayasan Khazanah mengamalkan sistem saringan yang sangat teliti, adil, dan mencabar bagi memastikan setiap sen pelaburan negara pergi kepada bakat yang benar-benar layak.

Secara keseluruhannya, calon perlu melepasi sehingga 5 peringkat penilaian bagi program Khazanah Global (termasuk laluan ke Cambridge dan OCIS), manakala bagi program Khazanah Watan, terdapat 4 peringkat penilaian.

Pecahan Tahap Penilaian:

  • Tahap 1 & 2: Penilaian Dalam Talian (Online Assessment) Peringkat awal ini dilakukan sepenuhnya secara digital. Calon akan diuji dari segi keupayaan kognitif, logik matematik (numerical), dan kecekapan verbal. Di sini ramai calon “gugur” kerana faktor masa yang sangat singkat. Ketepatan dan kepantasan adalah kunci utama.
  • Tahap 3: Gabungan Penilaian Maya & Bersemuka Bagi mereka yang melepasi ujian online, anda akan dipanggil ke sesi taksiran yang lebih intensif. Ia merangkumi aktiviti berkumpulan, pembentangan, dan kajian kes (case studies). Panel penilai akan memerhatikan cara anda berfikir secara kritikal dan bagaimana anda berinteraksi di dalam pasukan.
  • Tahap 4 & 5: Sesi Temuduga Intensif Dua peringkat terakhir ini adalah sesi temuduga bersemuka bersama barisan pengurusan kanan dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah (Trustees) Yayasan Khazanah. Di sini, karakter, visi, dan keselarasan nilai peribadi anda dengan mandat Khazanah Nasional akan diuji secara mendalam.

Peringatan Penting: Persaingan bagi biasiswa ini amat sengit kerana setiap tahun Yayasan Khazanah menerima ribuan permohonan daripada kelompok calon yang sangat hebat (strong pool of candidates). Hanya mereka yang benar-benar menonjol dari segi intelek dan kepimpinan akan dipilih.

5 tahap saringan Biasiswa Yayasan Khazanah 2026

Gambar diatas adalah 5 Tahap Saringan Biasiswa Yayasan Khazanah & Statistik Pemilihan Calon yang berlalu pada tahun 2024, petikan dari Our Selection Process – About Us | Yayasan Khazanah

Jadual Saringan Biasiswa Yayasan Khazanah 2026 (Master & PhD)

Berdasarkan maklumat terkini untuk kitaran Mac 2026, berikut adalah jadual kompilasi tarikh penting bagi proses saringan (assessment) untuk pemohon peringkat Master dan PhD.

Sila ambil perhatian bahawa tarikh-tarikh ini adalah kritikal kerana setiap peringkat saringan mempunyai tempoh masa yang sangat singkat.

Peringkat Saringan (Stage)Khazanah GlobalKhazanah-CambridgeKhazanah Watan
Tarikh Tutup Permohonan16 Mac 202616 Mac 202616 Mac 2026
Stage 1 (Online Test)19 – 24 Mar 202619 – 24 Mac 202619 – 24 Mac 2026
Stage 2 (Online Test)26 – 30 Mar 202626 – 30 Mar 202626 – 30 Mar 2026
Stage 3 (Assessment)3 – 7 Apr 20263 – 7 Apr 202610 – 14 Apr 2026
Stage 4 (Interview)21 – 24 Apr 202621 – 24 Apr 20264 – 5 May 2026
Stage 5 (Final Interview)28 – 30 Apr 202628 – 30 Apr 2026Tiada (Tamat di Stage 4)

    Daftar segera di: https://apply.yayasankhazanah.com.my/

    Laman Web rasmi: Yayasan Khazanah | Investing in Today’s Talent for Tomorrow’s Promise

    Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *