Buka akaun SSPN -i Plus. Kenapa perlu buka akaun SSPN -i Plus? Sebelum itu mari sama sama kita mengenali dulu akaun SSPN -i Plus.
Sama seperti akaun SSPN -i, akaun SSPN -i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. Bezanya akaun SSPN -i Plus mempunyai perlindungan takaful yang murah dan komprehensif yang tiada pada akaun SSPN -i. Klik Buka Akaun SSPN -i Plus untuk terus membuka akaun SSPN -i Plus.
Akaun SSPN -i Plus mengunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
Apa itu akaun SSPN -i Plus?
Seperti yang telah diterangkan diatas, secara ringkasnya, akaun SSPN -i Plus merupakan produk simpanan patuh syariah untuk perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi dan pada masa yang sama memberi perlindungan takaful.
Perbezaan akaun SSPN -i Plus dengan akaun SSPN -i
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaan diantara akaun SSPN -i Plus dengan akaun SSPN -i yang sedia ada, layari artikel kami “Perbezaan akaun SSPN -i Plus dengan akaun SSPN -i“
Syarat-syarat untuk membuka akaun
Mereka yang layak adalah semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga mencapai unur 64 tahun layak membuka akaun SSPN -i Plus untuk diri sendiri dan boleh membuka akaun SSPN -i Plus untuk anak atau jagaan yang sah (mestilah warganegara Malaysia) yang berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun.
Siapakah yang layak membuka akaun?
Syarat-syarat membuka akaun SSPN -i Plus ini terbahagi kepada dua, iaitu syarat-syarat kepada Pendeposit dan Penerima Manfaat.
- Pendeposit
- Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
- Berumur 18 tahun keatas sehingga mencapai 64 tahun
- Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat
- Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun bagi penerima manfaat yang sama
- Penerima Manfaat
- Warganegara Malaysia
- Berumur 1 hari sehingga mencapai 29 tahun
- Penerima manfaat adalah terdiri daripada diri sendiri atau anak atau anak jagaan yang sah sahaja
Keistimewaan Akaun SSPN -i Plus
Berikut adalah keistimewaan yang bakal dinikmati oleh mereka yang membuka akaun SSPN -i Plus:-
- Patuh syariah
- Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM15,000 setahun. Untuk maklumat lanjut layari artikel “Pelepasan taksiran cukai pendapatan dengam akaun SSPN -i Plus“
- Komitmen simpanan serendah RM30 sebulan atau RM1 sehari
- Manfaat kematian /keilatan kekal (kemalangan) sehingga RM1,000,000
- Tiada pemeriksaan kesihatan
- Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan
- Khairat kematian termasuk pasangan dam maksimum 3 orang anak
- Manfaat takaful bagi 36 jenis penyakit kritikal
- Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari
- Layak memohon pinjaman PTPTN
- Perlindungan 24jam di seluruh dunia
Inilah 11 keistimewaan yang anda akan perolehi dengan membuka akaun sspn -i plus untuk anak atau anak jagaan anda yang sah.
Pakej simpanan akaun SSPN -i Plus
Untuk membuka akaun SSPN -i Plus, kena lah pilih salah satu dari 6 pakej ini, iaitu Intan, Delima, Topas, Zamrud, Nilam dan Berlian. Setiap satu pakej ini mempunyai keistimewaan tersendiri.
Berikut adalah pakej yang ditawarkan dalam akaun SSPN -i Plus:-
PAKEJ | INTAN | DELIMA | TOPAS | ZAMRUD | NILAM | BERLIAN* |
---|---|---|---|---|---|---|
Simpanan SSPN -i Plus | RM20 | RM40 | RM90 | RM180 | RM270 | RM200 |
Sumbangan Takaful | RM10 | RM10 | RM10 | RM20 | RM30 | RM300 |
Jumlah | RM30 | RM50 | RM100 | RM200 | RM300 | RM500 |
Pendeposit yang membuka akaun SSPN -i Plus untuk diri sendiri hanya boleh mempunyai satu akaun sahaja dengan mana-mana pakej.
Walau bagaimanapun, seseorang pendeposit boleh membuka banyak akaun untuk penerima manfaat yang berlainan (anak/ anak jagaan yang sah sahaja) bagi pakej yang sama atau berlainan, kecuali untuk pakej Berlian (hanya terhad kepada dua (2) akaun untuk seorang pendeposit atau perlindungan kematian/ ilat kekal (kemalangan) maksimum sebanyak RM2,000,000).
Untuk maklumat lanjut setiap Pakej yang ditawarkan didalam akaun SSPN -i plus, boleh lah layari setiap link berikut:-
- Pakej Intan
- Pakej Delima
- Pakej Topas
- Pakej Zamrud
- Pakej Nilam
- Pakej Berlian
Disini diterangkan secara ringkas setiap pakej akaun SSPN -i plus.
Pakej INTAN

Pakej INTAN adalan Pakej permulaan untuk anda memulakan penabungan untuk pedidikan tinggi anak-anak anda.
- Simpanan SSPN -i plus RM20
- Sumbangan takaful RM10
- Jumlah deposit bulanan RM30
Manfaat takaful bagi pakej INTAN akaun SSPN -i Plus adalah seperti berikut
- Kematian biasa RM20,000
- Keilatan kekal dan menyeluruh biasa RM20,000
- Penyakit kritikal (bayaran manfaat dipercepatkan) RM10,000
- Kematian akibat kemalangan RM40,000
- Keilatan kekal dan menyeluruh akibat kemalangan RM40,000
- Manfaat pendapatan hospital RM20
- Khairat kematian (peserta) RM2,500
- Khairat kematian (pasangan) RM2,500
- Khairat kematian (setiap anak -maksimum 3 orang anak) RM1,000
Pakej DELIMA

Pakej DELIMA adalah pakej kedua akaun SSPN -i plus, dengan penambahan RM20. berikut adalah pecahan bagi pakej DELIMA
- Simpanan SSPN -i Plus RM40
- Sumbangan takaful RM10
- Jumlah deposit bulanan RM50
Manfaat takaful bagi pakej DELIMA akaun SSPN -i Plus adalah sama seperti pakej INTAN.
Pakej TOPAS

Pakej TOPAS adalah pakej ketiga dari akaun SSPN -i Plus. Pakej ini bernilai 2 kali ganda dari pakej DELIMA, dengan penambahan RM50. Berikut adalah pecahan bagi akaun SSPN -i plus pakej TOPAS
- Simpanan SSPN -i Plus RM90
- Sumbangan takaful RM10
- Jumlah deposit bulanan RM100
Pakej TOPAS mempunyai manfaat takaful yang sama serperti pakej INTAN dan DELIMA.
Pakej ZAMRUD

Ini adalah pakej ke-4 dari akaun SSPN -i Plus, dikenali sebagai Pakej Zamrud. Berikut adalah pecahan bagi akaun SSPN -i plus pakej Zamrud
- Simpanan SSPN -i Plus RM180
- Sumbangan takaful RM20
- Jumlah deposit bulanan RM200
Manfaat takaful bagi pakej ZAMRUD ini berbeza dari pakej yang sebelum ini. Berikut adalah manfaat pakej ZAMRUD
- Kematian biasa RM40,000
- Keilatan kekal dan menyeluruh biasa RM40,000
- Penyakit kritikal (bayaran manfaat dipercepatkan) RM20,000
- Kematian akibat kemalangan RM80,000
- Keilatan kekal dan menyeluruh akibat kemalangan RM80,000
- Manfaat pendapatan hospital RM40
- Khairat kematian (peserta) RM2,500
- Khairat kematian (pasangan) RM2,500
- Khairat kematian (setiap anak -maksimum 3 orang anak) RM1,000
Pakej NILAM

Pakej NILAM adalah pakej nombor 5 dari akaun SSPN -i Plus. Harga pakej Nilam ini jauh lebih tinggi dari pakej INTAN, dan manfaat takaful nya juga berbeza dari kesemua pakej akaun SSPN -i plus yang telah dinyatakan diatas.
- Simpanan SSPN -i Plus RM270
- Sumbangan takaful RM30
- Jumlah deposit bulanan RM300
Manfaat takaful pakej NILAM akaun SSPN -i Plus juga berbeza dari kesmua pakej yang lain. Berikut adalah manfaat takaful untuk Pakej NILAM
- Kematian biasa RM60,000
- Keilatan kekal dan menyeluruh biasa RM60,000
- Penyakit kritikal (bayaran manfaat dipercepatkan) RM30,000
- Kematian akibat kemalangan RM120,000
- Keilatan kekal dan menyeluruh akibat kemalangan RM120,000
- Manfaat pendapatan hospital RM60
- Khairat kematian (peserta) RM2,500
- Khairat kematian (pasangan) RM2,500
- Khairat kematian (setiap anak -maksimum 3 orang anak) RM1,000
Pakej BERLIAN

Ini adalah pakej yang ke-6, dan yang paling mahal dari kesemua pakej akaun SSPN -i Plus. Pecahan pakej BERLIAN akaun SSPN -i plus adalah seperti berikut
- Simpanan SSPN -i Plus RM200
- Sumbangan takaful RM300
- Jumlah deposit bulanan RM500
Apabila dibandingkan dengan pakej Nilam, sumbangan simpanan SSPN -i Plus untuk pakej Berlian adalah lebih rendah, kurang RM70. Tetapi pakej ini lebih mengutamakan sumbangan takaful. Mari kita lihat manfaat takaful yang diperolehi dari pakej BERLIAN ini
- Kematian biasa RM500,000
- Keilatan kekal dan menyeluruh biasa RM500,000
- Penyakit kritikal (bayaran manfaat dipercepatkan) RM100,000
- Kematian akibat kemalangan RM1,000,000
- Keilatan kekal dan menyeluruh akibat kemalangan RM1,000,000
- Keilatan kekal dan sebahagian RM100,000
- Manfaat pendapatan hospital RM200
- Khairat kematian (peserta) RM18,000
- Khairat kematian (pasangan) RM9,000
- Khairat kematian (setiap anak -maksimum 3 orang anak) RM2,000
Pakej BERLIAN ini jelas memberi keutamaan kepada manfaat takaful dengan manfaat sehingga RM1 Juta.
Manfaat takaful
Berikut adalah manfaat takaful akaun SSPN -i Plus, ianya berkait rapat dengan pakej simpanan akaun SSPN -i plus yang dibuka.
Manfaat Takaful | INTAN | DELIMA | TOPAS | ZAMRUD | NILAM | BERLIAN |
---|---|---|---|---|---|---|
Kematian/ keilatan kekal & menyeluruh (Kemalangan) | 40,000 | 40,000 | 40,000 | 80,000 | 120,000 | 1,000,000 |
Kematian/ keilatan kekal & menyeluruh (Biasa) | 20,000 | 20,000 | 20,000 | 40,000 | 60,000 | 500,000 |
Keilatan kekal & sebahagian (Biasa dan kemalangan) | n/a | n/a | n/a | n/a | n/a | 100,000 |
36 Penyakit Kritikal (Bayaran manfaat dipercepatkan) | 10,000 | 10,000 | 10,000 | 20,000 | 30,000 | 100,000 |
Elaun kemasukan hospital | 20 | 20 | 20 | 40 | 60 | 200 |
Bagi Khairat kematian pendeposit, pasangan (yang pertama & sah sahaja) dan anak; berikut adalah manfaat takaful SSPN -i plus untuk pakej Intan, Delima, Topas dan Zamrud,
- RM2,500 bagi pendeposit dan pasangan
- RM1,000 setiap anak – maksimum 3 orang anak sahaja
Manakala untuk pakej Berlian
- RM18,000 pendeposit
- RM9,000 pasangan
- RM2,000 setiap anak – maksimum 3 orang anak sahaja
Pakej Berlian adalah terhad kepada 2 akaun sahaja bagi seorang pendeposit atau perlindungan takaful maksimum sebanyak RM2,000,000
Pautan untuk membuka akaun SSPN -i Plus
Berikut adalah pautan untuk membuka akaun SSPN -i Plus, layari pautan berikut untuk maklumat lanjut dan cara-cara untuk membuka akaun SSPN -i Plus.
- Perbezaan akaun SSPN -i Plus dengan akaun SSPN -i
- Pelepasan taksiran cukai pendapatan dengam akaun SSPN -i Plus
- Syarat-syarat buka akaun SSPN -i Plus
- Cara nak buka akaun SSPN -i Plus
- Buka akaun SSPN -i Plus untuk anak
- Buka akaun SSPN -i Plus online
Kesimpulan
Tunggu apa lagi? Ayuh mari buka akaun SSPN -i plus secara online. Layari artikel Buka akaun SSPN -i Plus untuk maklumat lanjut mengenai akaun SSPN -i plus.