Keistimewaan Tabung SSPN-i Plus. Dengan membuka akaun SSPN -i Plus, anda dapat menikmati 4 keistimewaan berikut:-
- Simpanan; Simpanan dijamin kerajaan berserta dividen yang kompetitif
- Perlindungan; Dilengkapi manfaat perlindungan takaful yang komprehensif
- Pelepasan Cukai; Nikmati manfaat pelepasan cukai pendapatan sehingga Rm 12,000
- Cabutan WOW; berpeluang untuk memenangi 300 hadiah cabutan WOW bernilai RM 1.5 Juta!
Berikut adalah Keistimewaan Tabung SSPN-i Plus secara terperinci
- Patuh syariah
- Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM15,000 setahun. Untuk maklumat lanjut layari artikel “Pelepasan taksiran cukai pendapatan dengam akaun SSPN -i Plus“
- Komitmen simpanan serendah RM30 sebulan atau RM1 sehari
- Manfaat kematian /keilatan kekal (kemalangan) sehingga RM1,000,000
- Tiada pemeriksaan kesihatan
- Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan
- Khairat kematian termasuk pasangan dam maksimum 3 orang anak
- Manfaat takaful bagi 36 jenis penyakit kritikal
- Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari
- Layak memohon pinjaman PTPTN
- Perlindungan 24jam di seluruh dunia
Keistimewaan Manfaat Takaful akaun SSPN -i Plus
Antara perbezaan yang ketara dengan akaun SSPN -i, akaun SSPN -i Plus mempunyai manfaat takaful yang melindungi 36 jenis penyakit kritikal.
Berikut adalah manfaat takaful akaun SSPN -i Plus, ianya berkait rapat dengan pakej simpanan akaun SSPN -i plus yang dibuka.
Manfaat Takaful | INTAN | DELIMA | TOPAS | ZAMRUD | NILAM | BERLIAN |
---|---|---|---|---|---|---|
Kematian/ keilatan kekal & menyeluruh (Kemalangan) |
40,000 | 40,000 | 40,000 | 80,000 | 120,000 | 1,000,000 |
Kematian/ keilatan kekal & menyeluruh (Biasa) |
20,000 | 20,000 | 20,000 | 40,000 | 60,000 | 500,000 |
Keilatan kekal & sebahagian (Biasa dan kemalangan) |
n/a | n/a | n/a | n/a | n/a | 100,000 |
36 Penyakit Kritikal (Bayaran manfaat dipercepatkan) |
10,000 | 10,000 | 10,000 | 20,000 | 30,000 | 100,000 |
Elaun kemasukan hospital |
20 | 20 | 20 | 40 | 60 | 200 |
Bagi Khairat kematian pendeposit, pasangan (yang pertama & sah sahaja) dan anak; berikut adalah manfaat takaful SSPN -i plus untuk pakej Intan, Delima, Topas dan Zamrud,
- RM2,500 bagi pendeposit dan pasangan
- RM1,000 setiap anak – maksimum 3 orang anak sahaja
Manakala untuk pakej Berlian
- RM18,000 pendeposit
- RM9,000 pasangan
- RM2,000 setiap anak – maksimum 3 orang anak sahaja
Pakej Berlian adalah terhad kepada 2 akaun sahaja bagi seorang pendeposit atau perlindungan takaful maksimum sebanyak RM2,000,000
Kesimpulan
Apa tunggu lagi, ayuh buka akaun SSPN -i plus segera. Layari artikel cara membuka akaun SSPN -i plus untuk maklumat lanjut.